Wanita ini cetus kontroversi, kena bahan sebab dedah ‘makan’ udara, cahaya

0
102

Seorang wanita telah tampil memberi perkongsian tentang cara hidupnya yang dilabel orang ramai sebagai agak kontroversi. Ianya telah jadi bualan ramai kerana wanita ini telah berpuasa selama 97 hari berturut-turut.

Wanita ini telah digelar breatharian. Untuk pengetahuan, breatharian adalah seseorang yang mempercayai kehidupan dapat diteruskan hanya dengan bertafakur di mana seseorang itu boleh mendapat khasiat dalam diri menerusi udara atau cahaya.

Audra Bear, yang kini berumur 25 tahun, merupakan seorang yang mengamalkan gaya hidup ‘pranic’ atau kaedah sains dan seni kuno untuk menyembuhkan diri dengan menggunakan tenaga ‘prana’ atau ‘ki’.

Ia sejenis gaya hidup yang diamalkan tanpa makan dan minum.

Wanita ini telah memberitahu The Mirror bahawa amalan tersebut menjadikannya jarang memerlukan makanan.

“Bernafas membantu anda mengenali siapa diri anda sebenarnya dan apa yang anda perlukan atau tidak.

“Saya tidak pernah berniat untuk berhenti makan. Saya bermula dengan mengamalkannya 40 minit sehari dan selepas lima hari saya tidak lagi bernafsu untuk makan.

“Puasa pertama saya bertahan selama 97 hari,”

Adakah gaya hidup Audra ini selamat untuk kesihatan? Menjawab persoalan ini seorang doktor di United Kingdom, Dr Sonal Shah telah memberi satu kenyataan.

Kata doktor itu kepada portal Yahoo UK, sesiapa yang bercadang untuk mengamalkan kaedah ini perlu berjumpa dengan doktor mereka kerana ia mungkin tidak sesuai kepada semua orang, terutamanya kepada pesakit kencing manis dan wanita yang menyusukan anak.

Sementara itu, di laman Ig miliknya, wanita ini telah dikecam dan jadi bahan kerana melabel diri sebagai breatharian.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here