Umur 31 Tahun Di Kategori Sebagai Warga Emas Adalah Palsu

0
181

Kecoh semalam di semua rangkaian media sosial apabila khabar angin dengan berita yang berkaitan dengan agihan terbaru kategori umur di Malaysia yang didakwa dikeluarkan oleh Menteri Belia Dan SukanSyed Saddiq.

Berita itu menunjukkan had umur baru bagi seseorang belia adalah antara 18 sehingga 30 tahun. Ini menunjukan bahawa bagi seseorang yang telah berumur 31 tahun ke atas telah dianggap sebagai warga emas serta berhak untuk menerima faedah yang istimewa dikatogeri sebagai warga emas sebelum ini.

Ekoran dakwaan berita ini,kebanyakan netizen telah memberikan pelbagai reaksi yang bercampur-baur, ada yang marah dan ada juga yang bersetuju.

Namun begitu, isu ini secara tidak langsung menjejaskan imej Syed Saddiq iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Melalui laman Twitter rasmi #TeamSaddiq, bahawa kenyataan yang sedang tular di media sosial itu disifatkan sebagai berita palsu.

Status tentang kenyataan tersebut juga dikongsi oleh Syed Saddiq sendiri melalui akaun rasmi miliknya malam tadi.

Ekoran penyebaran berita palsu itu mereka juga turut meluahkan kekesalan terhadap segelintir pihak yang menyebarkan kenyataan tersebut sehingga menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lebih teruk lagi akibat penyebaran berita palsu tersebut telah pun menerima lebih 20,000 perkongsian melalui akaun Facebook seorang individu sejak malam tadi.

Sumber : Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here