TAHNIAH! Amyra Rosli Hamil Lagi

0
90

Pasangan pelakon Amar dan Amyra Rosli telah mengumumkan bahawa Amyra kini sedang hamil anak kedua. Sempena kehamilan Amyra, Amar telah berkongsi rakaman istimewa itu semasa hari kelahirannya yang ke-34 pada Isnin lalu.

Amar berkata :-

“Hari ini 1 Julai 2019 adalah hari yang penuh bermakna sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah¬†pregnancy test¬†yeah!”

Di dalam rakaman tersebut, turut menunjukan yang Amar sedanf memegang alat ujian kehamilan dan tertulisnya Amyra telah hamil tiga minngu. Dia juga mengucapkan rasa syukur di atas kurniaan anugerah terindah itu di laman sosial Instargamnya.

Ramai peminat serta rakan baik mereka turut tidak sabar untuk melihat pasangan ini bakal menimang cahaya mata yang kedua. Ujarnya lagi :-

“Alhamdulillah… tahniah Amar dan Amyra. Anaqi dah nak jadi abang!

Pasangan ini telah berkahwin pada 2016 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Sudah pasti Aqeef Anaqi seronok dan tak sabar untuk menunggu kelahiran adiknya tak lama lagi. Apa-apa pun tahniah di ucapkan atas berita gembira ini. Semoga Amyra Rosli di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilanya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here