SERAM ! Emak Aliff Syukri Di Sihir

0
60

Emak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan Ribunya ozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan pangilan manja bonda berkongsi pengalaman di mana dia disihir melalui satu video yang telah dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

Setakat ini video terbabit telah mendapat tontonan sebanyak 417,762.

Jelas Bonda Rozita atau dikenali dengan nama sebenarnya iaitu Rozita Ibrahim, seramai enam ekor jin yang berusia 175 tahun telah dihantar masuk ke dalam tubuh badannya dengan tujuan untuk membunuhnya secara halus dan perlahan.

“Ahad lepas kami menguji Mualij (perawat Islam). Staf dan saya pun tak tahan masa tu. Kami tak bangun sampai hari ini muntah dan keluar darah,” katanya.

Ketika rawatan ituberlangsung, Bonda Rozita menjelaskan dia gagal untuk mengawal dirinya walaupun dia selalu berzikir dalam hati sebab jin itu merasa sakit serta panas kerana bersoal jawab dengan mualij yang merupakan suaminya sendiri.

Ketika rakaman video yang berdurasi selama empat minit 20 saat yang juga dimuat naik oleh beliau di platform video YouTube miliknya juga menunjukkan dia meronta-ronta semasa dirawat.

“Aku daripada gunung. Aku mahu bunuh perempuan ini. Macam-macam bomoh dah pakai. Aku paling kuat dalam gunung.

“Aku dibayar pak, aku cari makan pak. Perempuan ini susah pak,”

Ketika sesi soal jawab itu berlansung, jin terbabit telah mengaku bahawa mereka dihantar bagi mengganggu kehidupan Bonda Rozita.

“Perempuan itu kamu yang kacau betul… iya pak… benar pak. Perempuan ini susah pak,” kata jin tersebut.

Jelas Bonda Rozita lagi, dia mengakui bahawa video itu bukanlah satu lakonan malah berkata ia merupakan gangguan makhluk halus dan tidak mengenal tahap keimanan seseorang.

“Jadi, ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dengan zikrullah. Bila kita terleka walau sekejap pun benda itu akan menghancurkan badan. Walaupun orang itu hafaz al-Quran… imam besar sekali pun tetap diganggu dan disihir.

“Kalau kita lihat kepada sejarah Rasulullah SAW pun disihir. Zaman sekarang memang moden tapi terlalu ramai orang kembali kepada sifat jahiliah, dengki yang sanggup merosakkan kehidupan orang lain dan matikan orang pun sanggup sebab tak dapat dikesan dek undang-undang dan polis,”

Selepas selesai upacara terbabit, kelihatan menunjukkan Bonda Rozita terbaring lemah apabila telah selesai menjalani rawatan .

“Selalunya orang tengok saya ceria dan cergas tapi bila tengok saya sakit semua pelik, risau senyap satu rumah hutan.

“Dua hari saya tak meronda… tak dengar suara saya. Saat yang dinanti-nantikan saya terbaring tewas akhirnya,”

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here