SEDIH.. Pak Cik Termenung Tepi Longkang Sebab Tak Mampu Bayar Caj Kebumi Isteri

0
142

Tular apabila kisah menyayat hati apabila seorang pakcik tidak mampu membayar caj RM2,000 bagi urusan pengebumian isteri tersayang telah mengundang reaksi sedih para netizen.

Tetapi urusan pengebumian itu dipermudahkan apabila bantuan dari Mohd Zulhairi Zainol yang selalu menjalankan tugas amal dalam pengurusan jenaza serta proses pengebumian.

Perkara itu telah dikongsi oleh pemuda itudi Facebooknya serta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menurut insan melia yang bernama Mohd Zulhairi atau lebih mesra disapa Hery meluah rasa bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar serta selesai dalam waktu yang singkat.

“Alhamdulillah dapat bantu pakcik ni kematian isterinya pukul 10 pagi tadi (Rabu). Ada hamba Allah ni sungguh baik dan dia antara penyumbang Hery.

“Dia call Hery mengatakan ada kematian dan perlukan bantuan untuk mandi, kafan solat dan urusan kebumi,”

Herry turut menjelaskan bahawa pakcik tersebut hanya perlu membayar caj RM450 berbanding dengan jumlah RM2,000 iaitu caj kebumi asal.

“Hamba Allah ni katakan akan dikenakan caj RM2,000 untuk segala urusan dan terlalu mahal untuk dibayar pakcik ni.

“Jadi Hery terus membantu supaya pakcik ni supaya tidak diambil kesempatan atas kesedihannya,”

Sebagai tambahan Hery juga turut meminta pertolongan dari pasukan muslimah bagi urusan mandi jenazah isteri pakcik tersebut.

“Disebabkan jenazah perempuan, jadi  Hery call team muslimah untuk mandikan. Hery bawa van, imamkan dan terus bawa jenazah ke kubur.

“Pukul 1.30 tengah hari selesai semua. Pakcik ni hanya bayar duit kubur sahaja RM450. Hery dapat jimatkan duit pakcik ni dari diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,”

Akibat kecewa dengan caj mahal melampau itu, Hery berkongsi gambar reaksi sedih pakcik itu semasa di kawasan perkuburan.

“Lihatlah muka pakcik tu, sedih baru kematian isteri lagi nak kenakan caj RM2,000. Ya Allah mahal sungguh,”

Dalam masa yang sama Hery juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu urusan tersebut yang berjalan lancar.

“Terima kasih kariah masjid kampung yang sama-sama membantu dan izinkan team muslimah menggunakan bilik mandian untuk mandi dan kafankan arwah secara percuma.

“Terima kasih juga brader Matnoor sponsor urusan kubur untuk pakcik ini. Alhamdulilah selesai,”

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here