Respon balas Maya Karin apabila dikaitkan punca ahli parlimen bercerai

0
100

Aktres cantik jelita iaitu Maya Karin telah tampil memberi komen balas dan menafikan menjadi punca perceraian perceraian Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dengan Dr. Imaan Abdul Rahim.

Dari satu laporan oleh portal Utusan, pelakon ini berkata, hubungannya dengan ahli politik tersebut hanya sebagai kenalan biasa.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.

“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,”

Pelakon yang pernah meraih bebeapa anugerah ini telah diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi orang ketiga sekali gus punca Nik Nazmi dan Dr. Imaan berpisah setelah 14 tahun berumah tangga.

Maya yang merupakan teraju utama filem Munafik 2 menganggap gosip yang melanda dirinya ini sekadar kontroversi dan perkara biasa.

Katanya, dia juga sering dikaitkan dengan beberapa ahli politik sebelum ini.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,”

Itulah penjelasan dari Maya Karin Roelcke yang kini berumur 39 tahun.

Sebelum ini, Nik Nazmi, 37 tahun, telah disahakn bercerai talak satu dengan Dr. Imaan, 36 tahun, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari Selasa.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here