Nabila Razali kena serang dengan seorang wanita sebab balas komen ‘sweet’ suami wanita itu

0
77

Dek kerana telah membalas komen ‘sweet’ daripada seorang peminat lelaki, penyanyi remaja popular iaitu Nabila Razali diserang seorang wanita yang dikatakan isteri kepada lelaki berkenaan.

Wanita tersebut telah meminta penyanyi lagu Pematah Hati, dan Vroom Vroom ini supaya tidak membalas komen yang ditinggalkan dan menyekat akaun suaminya daripada mengikuti Nabila Razali.

Kata Nabila Razali yang lebih mesra disapa dengan nama Bella, sebagai seorang artis yang dikenali ramai dan mempunyai ramai follower di laman media sosial, dia tak sempat untuk melihat profil para peminatnya apatah lagi untuk meneliti satu persatu individu yang komen di IG miliknya.

Jadi apabila terjadi dek hal seperti ini, Nabila Razali akan lebih berhati-hati selepas ini.

Bella juga memberi sedikit nasihat bahawa sang suami harus menjaga hati isteri apabila menulis sebarang komen di ruangan Ig orang lain. Selain itu, Bella juga mengatakan pasangan suami isteri juga haruslah saling mempercayai antara satu sama lain.

Apa apun, jangan tak tahu tentang cemburu antara sesetengah pasangan. Ada dengan artis pun boleh cemburu, sampai macam tu sekali.

Ini video temubual berkenaan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here