Lelaki meninggal dunia ketika tonton filem seram Anabelle

0
598

Seorang lelaki warga Britain disahkan telah meninggal dunia di dalam panggung wayang tatkala menonton filem seram. Lelaki itu menonton wayang semasa bercuti ke negara Thailand, menurut beberapa laporan media tempatan.

Dari laporan portal Bangkok Post, telah dilaporkan bahawa Bernard Channing, 77 tahun, pergi menonton filem seram Annabelle Comes Home pada hari Selasa malam di Pattaya, Thailand.

Namun begitu, Bernard telah didapati tak sedarkan diri oleh para pengunjung pawagam lain selepas tamat tayangan filem seram berkenaan.

Soerang penonton wanita pada mulanya telah menyedari keadaan Benard yang tak sedarkan diri dan kemudian memanggil kakitangan pihak panggung wayang dan menghubungi pasukan kecemasan pada pukul 8 malam waktu tempatan.

Benard yang berasal dari Gedling, Notts di England disahkan meninggal dunia lokasi kejadian. Polis berkata, mayat Bernard dibawa ke hospital di daerah Banglamung dan bedah siasatan dijalankan.

Polis Lieutenant Kolonel Polpattham Thammachat telah memberi kenyataan tentang hal ini.

“Polis mendapat panggilan mengenai kematian itu di dalam pawagam di sebuah pusat beli-belah pada pukul 8 malam.

“Siasatan awal tidak dapat mengetahui bagaimana dia meninggal dunia dan pihak hospital akan menjalankan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here