“Kalau Boleh Tak Mahu Bercerai” – Nadya Syahera

0
124

Pelakon yang Nadya Syahera yang mendakwa suaminya belaku curang mengakui bahawa dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya iaitu Fizul Nawi walaupun rumah tangga mereka bergolak selepas dia sendiri mendedahkan suaminya curang.

Nadya Syahera Rosli atau lebih dikenali dengan nama Nadya menjelaskan bahawa dia dan Fizul yang juga merupakan ahli perniagaan kini dalam proses membaik pulih hubungan rumah tangganya.

“Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.

“Kalau ada salah, saya cuba perbaiki diri. Macam suami pun, dia semakin faham apa yang dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya. Pendek kata, dia tahu kesalahan yang dibuat.

“Disebabkan itu, saya memberinya peluang kedua untuk dia membetulkan keadaan. Harap dia hargai peluang ini. Jika sebaliknya, tak tahu nak cakap apa lagi,”

Pelakon Nadya, yang popular menerusi watak Bella di dalam drama Dia Semanis Honey turut berkata, dia semahunya akan terus mempertahankan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak tahun 2015.

“Kalau boleh tidak mahu bercerai. Siapa yang inginkan perceraian. Malah, saya akan cuba sehabis baik untuk pertahankan perkahwinan ini. Namun, jika usaha ini gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian, saya reda.

“Dalam masa sama, kedua belah keluarga sentiasa memberikan nasihat. Mereka mahu kami selesaikan cara baik. Paling penting kata mereka adalah komunikasi,”

Actress ini telah mendedahkan kecurangan suami dengan seorang perempuan yang juga merupakan anak kepada pengasas produk di Kelantan apabila dia mendapat bukti yang merupakan gambar.

Menerusi buktii itu, beliau mendakwa bahawa dia mula menghidu kecurangan suaminya itu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfiti lalu.

Turut menjelaskan bahawa, suaminya juga tidak pulang ke rumah hampir sebulan.

Pasangan ini telah berkahwin pada 25 September 2015, dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Fizul selepas becerai dengan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian perkahwinan mereka selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose yang berusia 2tahun dan Mohamad Dayyan yang berusia 1tahun.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here