Wanita Bawa Anjing Masuk Masjid

0
7

Daerah Bogor di gemparkan akibat satu rakaman video yang menunjukan satu kejadian apabila seorang wanita bertindak kurang ajar apabila membawa seekor anak anjing di Masjid Al Munawaroh Sentul, Bogor, Jawa Barat, Indonesia sehingga menjadi kecoh.

Video berdurasi 1 minit 10 saat yang tular dan dimuat naik di laman Twitter @OppositeNewsID menunjukan, seorang wanita memegang seekor anak anjing serta memakai kasut di dalam masjid.

Wanita biadap itu dilihat sedang bertikam lidah dengan ahli jemaah masjid yang telah membantah dia membawa anak anjing serta meminta dia keluar dari masjid.

Wanita tersebut marah apabila dihalau keluar telah bertindak melepaskan anak anjing dalam dakapannya serta membiarkan binatang itu berkeliaran di dalam masjid.

Menerusi perbualan wanita itu dengan seorang lelaki, dia mendakwa mempersoalkan suaminya pernah bernikah di masjid tersebut.

“Suami saya berkahwin di sini,”

Pada masa yang sama juga , ahli jemaah lain turut cuba menghalau anak anjing itu keluar dari masjid.

Sementara itu, ketua polis, Wawan Wahyudin mengesahkan video tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada hari semalam pada pukul 2 petang di masjid berkenaan.

Wanita kurang ajar yang berusia 52 tahun telah ditahan di Balai Polis Bogor, Cibinong.

“Ya, buat masa ini wanita itu dibawa ke Balai Polis Bogor untuk disoal siasat,”

Menurut jemaah itu, wanita itu ke masjid bagi mencari suaminya.

“Wanita itu telah dibawa keluar oleh jemaah dan selepas itu anggota polis tiba di lokasi kejadian,”

Sehingga sekarang, pihak polis telah menahan empat saksi termasuk jemaah masjid itu.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here