Izzue Dan Isteri Bersedia Jika Salah Sorang Ada Masalah Kesuburan

0
56

Agak sudah lama pelakon dan penyanyi Izzue Islam menanti kehadiran cahaya mata dan dia berkata telah bersedia untuk melakukab ujian kesuburan yang bakal dilakukan pada hujung tahun ini.

Jelas pelakon dan penyanyi kacak ini, sudah tiba waktu dia dan isteri yang dikenali dengan nama Awin Nurin lebih fokus dan menitik berat memikirkan soal anak dan menjalani ujian kesuburan adalah satu perkara penting yang wajib dilakukan.

“Sebelum ini saya dan isteri pernah berhasrat melakukan ujian kesuburan namun kesibukan kerja dan jadual yang padat membuatkan ia tergendala.

“Kami sepakat untuk melakukannya dengan serius dan perlu berkorban masa. Oleh itu saya menetapkan pada hujung tahun ini dan berharap isteri dapat peluang hamil tahun depan,” katanya.

Katanya, dia memilih hujung tahun ini kerana buat masa sekarang perlu mengumpul wang sebagai persediaan.

“Kami banyak merujuk pada kawan soal hendak mendapatkan zuriat. Sebelum melakukan ujian persenyawaan in vitro (IVF), kami perlu melakukan ujian kesuburan terlebih dahulu.

“Kami juga sudah bersedia jika ada seorang daripada kami yang mempunyai masalah, rawatan susulan akan dilakukan.

“Kerana itulah saya perlu mengumpul wang kerana kita tidak tahu kos perbelanjaan rawatan itu nanti. Lagipun sebagai anak seni saya tidak ada gaji tetap jadi perlulah bersiap sedia,”

Jelas Izzue lagi, dalam tempoh dia dan isteri yang akan menjalani proses rawatan itu, kemungkinan dia tidak dapat menerima sebarang tawaran berlakon serta nyanyian kerana proses itu memerlukan fokus.

Pasangan ini yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Forteen, telah mendirikan rumah tangga bersama Awin selama 6 tahun pada 2 Jun 2013 dan masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here