Izreen Azminda Selamat Lahir Anak Lelaki, Beri Nama Aaron

0
137

Pelakon Izreen Azminda telah pun selamat melahirkan anak lelaki sekitar jam 1.46 pagi, Sabtu lepas. Dia yang merupakan isteri kepada pemuzik Ude Wahid telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Pasangan Uda Wahid dan Izreen turut berkongsi nama yang diberi oleh bayi lelakinya ialah Aaron Ibrahim Muhammad Radzi. Jelas Izreen lagi dia mengucapkan :-

“Syukur Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar dan baik skali. Terima kasih bagi semua yang mendoakan untuk saya dan baby. Sabtu 29 Jun 2019, 1.46 pagi, Aaron Ibrahim Muhammad Radzi,”

Izreen Azminda Aznam, yang pernah terpalit dengan kontoversi kerana berkahwin dengan Uda Wahid bagaimanapun masih belumlagi bersedia untuk membuka ruangan komen di laman sosial Instargamnya.

Pelakon ini sebelumnya pernah berkahwin dengan jurukamera bernamaMuhammad Riza pada 2012 tetapitelah bercerai pada tahun 2014. Pada perkahwinan pertamanya itu, pelakon ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Adrian Umar yang sekarang berusia lima tahun.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Ude Wahid dan telah menjadi madu kepada isteri pertama Uda Wahid yang bernama Intan Liana. Tidak lama kemudian, Uda Wahid nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid telahmenceraikan Intan Liana dan Izreen telah menjadi isterinya yang tunggal.

Pasangan ini telah bernikah pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan dirahsiakan atas permintaan suaminya itu kerana atas pelbagai sebab. Semoga dengan kehadiran insan baru dalam hidup Izreen dan juga Uda dapat mewarnai kehidupan rumahtangga mereka selamanya.

Sumber; mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here