DS Vida Tak Nak Komen Isu Berlian Palsu

0
48

Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang merupakan usahawan kosmetik berkata, beliau enggan komen berkenaan hadiah berlian palsu yang telah diberikan kepada juara Gegar Vaganza 4 (GV4) kepada penyanyi, Aishah.

Datuk Seri Vida yang berusia 47, telah memberitahu menerusi Instagram (IG) Live bahawa dia memilih bagi tidak menyatakan apa-apa komen buat masa ini walaupun pihak Aishah sendiri telah mengadakan sidang media berkenaan isu ini.

“Saya tiada apa-apa kenyataan dan tindakan. Ada juga wartawan cuba menghubungi saya,”

Juara Gegar Veganza musim 4 iaitu Aishah, telah berkata pada sidang media telah menuntut DS Vida menggantikan berlian asli yang berharga RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai ini serta meminta Vida memohon maaf secara terbuka.

Penyanyi itu juga telah mendedahkan butiran-butiran penghakiman serta persetujuan yang telah dibuat dalam proses mediasi pada 1 Julai lepas disebabkan dakwaan bahawa hadiah berlian palsu dimenanginya.

Pihak Aishah juga telah diberi hak sepenuhnya bagi memilih perhiasaan berlian asli yang berjumlah RM80,000 di kedai emas di Bangsar. Aishah telah memilih barangan kemas itu selepas proses mediasi lepas dan pihak Vida wajib membayarnya paling lewat 17 Julai ini.

Juara Gegar Veganza itu juga mahu beliau memohon maaf secara terbuka dengan cara mengadakan sidang media khas pada atau sebelum tarikh itu. Aishah mahukan permohonan maaf secara spesifik sewaktu sidang media tersebut.

Pihak DS Vida juga harus membayar kos sebanyak RM7,500 ke akaun peguam cara Aishah pada atau sebelum 7 Julai 2019.

Sebelum ini, Aishah telah mendedahkan dalam satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berkenaan rantai berlian yang didakwa tidak bernilai malah berlian palsu yang diterimanya selepas menjuarai program GV4 pada 2017.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here