DS Vida Kena Ganti Barang Kemas RM80 Ribu Aishah Dalam 2 Minggu

0
137

Sebut sahaja nama Datuk Seri Dr Hasmiza Othman semua akan kenal. Dia diarahkan untuk membayar harga barang kemas tajaannya di gegar vaganza yang berjumlah RM80,000 kepada penyanyi Aishah yang merupakan pemenang gegar veganza dalam masa dua minngu sahaja.

Bukan setakat itu, Datuk Seri Vida atau nama sebenrnya Hasmiza Othman perlu memohon maaf secara terbuka melalui sidang media khas pada tempoh masa yang sama.

Daripada hasil mediasi antara Aishah dan Vida yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur pada Isnin lalu dan jumlah tuntutan adalah kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tuntunan itu telah dikongsikan oleh penyanyi tersebut melalui sidang media bersama peguamnya,iaitu Muhammad Izwan Azmi di Petaling Jaya pada Rabu hari ini.

Datuk Seri Vida juga harus membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum hari Ahad ini.

Jika sekiranya usahawan itu gagal mematuhi kesemua tuntutan persetujuan itu sebelum tarikh yang ditetapkan,pihak Aishah akan ragu-garu mengambil tindakan undang-undang.

Persengketaan antara Aishah dan Vida terjadi apabila penyanyi itu mendedahkan bahawa hadiah rantai yang bernilai RM80,00 yang ditaja Vida yang merupakan usahawan kosmetik itu adalah palsu belaka.

Beliau mendapat tahu bahawa barangan kemas yang merupaka hadiah kemenangan selepas menjuarai progam Gegar Vaganza musim keempat itu adalah palsu apabila dia melakukan pemeriksaan di kedai emas.

Peguam Aishah juga turut memberitahu bahawa pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bina Mega Empire kerana gagal menyerahkan hadiah utama yang merupakan sebidang tanah seperti yang telah dijanjikan.

“Kini pihak Aishah sudah mula ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bina Mega Empire.

“Kami sudah beri tempoh kepadanya sejak kali terakhir bertemu dengan pihak mereka sekitar September tahun lalu.

“Namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada mereka,” kata Izwan.

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here