“Dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar” – Ibu Kilafairy

0
170

Pelakon Kilafairy merupakan pelakon wanita yang berani serta tidak mengedahkan dengan berpakaian seksi kemana-mana majlis yang dihadirinya. Walaupun dia sering menerima teguran daripada netizen tapi dia tak pernah menghiraukanya. Rohana Jalil yang merupakan ibu Kilafairy juga menasihati anak perempuannya berulang kali hinggakan dia pun sudah tidak larat lagi hendak menegur mengenai pemakaian artis tersebut.

Rohana Jalil yang juga merupakan artis vetren juga sudah berkali-kali menasihati pemakaian anaknya, Kilafairy tetapi, pelakon tersebut tidak diambil peduli. Rohana Jalil juga turut komen tentang gambar baju yang dipakai oleh anaknya itu yang bercorak ular. Jelasnya lagi, dia juga tidak ambil kesah kecaman netizen terhadap anaknya itu.

Penyanyi veteren ini juga berkata dia tidak mahu ambil peduli dengan sebarang komen netizen yang dikatakan kepada anaknya itu kerana dia tidak berfikir dan menjadikan masalahnya pula. Rohana turut menjelaskan :-

“Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar.

“Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap.¬†Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini.”

“Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah.”

“Rahsia saya kekal sihat pada usia 64 tahun ini pun kerana sejak dulu tidak suka fikir masalah.¬†Saya selesa gembira selalu dan fikir positif. Kalau bergaduh dengan orang lain pun, saya selalunya cepat lupa.”

Pelakon Kilafairy juga turut berkata mengenai kutukan netizen terhadap baju ular seksinya itu dan dia tak mahu membuat kesimpulan apa-apa kerana dia selesa dengan baju yang dipakainya itu. Jelasnya lagi :-

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan saya selesa dan suka dengan apa yang saya pakai.”

“Kadang-kadang saya tanya ibu bapa soal apa yang boleh dipakai tetapi biasalah saya ini degil orangnya. Walaupun sudah dilarang saya pakai juga.”

Sumber : Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here