Berang Dakwaan “Bau Ikan Masin”, Pelakon Ini Saman Bekas Suaminya

0
222

Sedang jadi bualan dan viral apabila seorang pelakon dari Indonesia, Fairuz A Rafiq yang telah memfailkan saman terhadap bekas suaminya Galih Ginanjar yang juga merupakan seorang pelakon ekoran dia yang telah mendakwa bahawa bahagian dalam kain bekas isterinya itu berbau ikan masin.

Insiden pendedahan yang memalukan itu diucapkan oleh Galih semasa ditemubual oleh seorang hos TV, Rey Utami bagi program yang bersiaran menerusi saluran YouTube milik Rey.

Rakaman Video yang kini telah semakin tular menunjukan temubual di antara Galih dan Rey di mana Galih juga telah menceritakan hubungan ‘bersama’ di antara beliau dengan Fairuz yang merupakan bekas isterinya selalunya hanya mampu bertahan hanya selama 15 minit sahaja semasa mereka masih lagi bergelar pasangan suami isteri.

Bekas pasangan suami isteri itu telah berkahwin pada 2011 tetapi telah bercerai tiga tahun lepas. Hasil daripada perkongsian hidup mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Pelakon wanita itu yang ‘bengang’ dengan pendedahan yang memalukan itu, bersama suami barunya, Sonny Septian telah membuat satu laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lepas atas sebab penyebaran isi rancangan yang tidak bermoral.

Fairuz dan suami itu telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jakarta dengan ditemani peguam mereka, Hotman Paris Hutapea. Jika pelakon itu disabitkan bersalah, dia akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun.

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here