Ayah Lempang Anak Sampai Terkeluar Biji Mata, Laporan Polis Dibuat

0
693

Kejadian yang berlaku di Mexico City ini dilaporkan apabila seorang ayah hilang kewarasan apabila dia menampar anak lelakinya dengan sangat kuat dan mangsa mengalami kecederaan parah.

Akibat di lempang dengan sangat kuat, ia telah menyebabkan mata kiri mangsa tersembul keluar daripada soket matanya.

Perbuatan ini di sifatkan sangat kejam itu yang berlaku di Tlaxiaco di negeri Oaxaca, Mexico.

Akibat dari kejadian itu, ibu mangsa malang itu membawa kanak-kanak itu ke sebuah hospital di pusat bandar Tlaxiaco, tetapi gagal mendapatkan rawatan kerana hospital tersebut kekurangan doktor pakar.

Pihak media tempatan melaporkan bahawa kanak-kanak malang berusia dua tahun itu kemungkinan berisiko menjadi buta.

Pihak berkuasa telah menyiasat dan mendapati kejadian itu telah berlaku kira-kira sebulan lepas.

Disebabkan tamparan yang sangat kuat itu telah menyebabkan mata kanak-kanak malang itu mengalami trauma periorbicular sampaikan matanya membengkak serta tersembul daripada soket mata.

“Sebelum kejadian, ibu mangsa ada memberitahu bahawa terdapat bintik putih seakan-akan jerawat pada mata kiri anaknya.

“Namun selepas ditampar bapanya, bahagian mata kiri kanak-kanak terbabit mula membengkak dan matanya tersembul keluar.

“Kami percaya ada tumor pada bahagian matanya dan impak tamparan tersebut memburukkan lagi situasi kanak-kanak terbabit,”

Itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang merawat kanak-kanak malang itu.

Media melaporkan bahawa satu laporan polis juga telah dibuat tetapi tidak pasti sama ada suspek sudah ditangkap oleh pihak berkuasa atau tidak.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here